MAC 2022

Timbalan Premier Terima Kunjungan Hormat Daripada Duta Romania Dan Brunei


KUCHING: Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menerima kunjungan hormat daripada Duta Romania di Malaysia dan Brunei, Nineta Barbulescu di pejabatnya di Wisma Sumber Alam di sini pada Khamis.

Kunjungan hormat ini bertujuan untuk memperkukuh hubungan antara kerajaan negeri bersama Duta Romania yang julung kali ke Sarawak. 

Dalam pada itu, pertemuan yang berlangsung kira-kira 40 minit itu turut membincangkan dan bertukar pandangan mengenai kerjasama dalam pelaburan di negeri ini.

Turut hadir, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa, dan Pelaburan, Datuk Dr Malcom Mussen Lamoh, dan Penasihat Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Pelaburan (Pembangunan Perusahaan Industri Kecil Dan Sederhana), Datuk Mohd Naroden Majais. -EDISI UKAS

Sumber dari : UKAS